Lama aku xbuka blog ini. Lupa password.
Okay hari ini aku nak cerita betapa sukarnya nak cari isi kandungan buku teks pertanian yang terkini. Itu baru isi kandungan belum lagi buku teks. Kesukaran untuk mendapatkan buku tersebut kerana subjek pertanian merupakan subjek elektif. Pada kulit buku Pertanian terdapat perkataan MPEI yang membawa maksud mata pelajaran elektif ikhtisas.
Subjek ini biasanya diambil oleh pelajar kelas belakang dan mereka yang mendapat keputusan PMR/PT3 yang kurang memuaskan. Bagi aku subjek pertanian untuk semua golong, tidak untuk golongan pandai atau sebaliknya. Apabila memasuki tingkatan 4, pelajar bebas untuk memilih aliran yang dikehendaki selari dengan syarat kemasukkan.
Carian digoogle mendapati maklumat mengenai nota/isi kandungan buku teks pertanian yang diterbit pada tahun 2016 tidak dijumpai.Hampa. yang ada buku teks zaman 2000. 19 tahun berlalu.
Kesimpulan disini, aku perlu minta tolong dari anak murid. Nasib dah PALS ada la jugak pelajar yang aku buat kawan. Tunggu nanti aku update balik
Imej daripada GOOGLE
buku teks baru yang digunakan pada hari ini
buku teks lama


dekat sekolah saya dulu, subjek ni ditawarkan untuk kelas pandai..btw rindu subjek sains pertanian,vibe buku lama lama.. saya dapat buku tu pun dah lebih 10 orang owner..hihi throwback kisah 11 tahun lepas.. :)
ReplyDelete