Assalamualaikum sahabat..
Hari ini saya ingin
berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai fitrah manusia,tapi sebelum itu
tahukah sahabat maksud FITRAH? Fitrah sebenarnya sifat semula jadi yang
dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia sejak azali lagi.
Antara sifat fitrah
manusia ialah perasaan takut , sayang , gembira , sedih , benci , dendam dan
banyak lagi. Fokus saya hari ini adalah mengenai perasaan kasih
sayang. Saya yakin dan pasti setiap daripada
kita ingin dikasih oleh orang
lain. Seorang anak memerlukan kasih seorang ibu dan ayah.Isteri memerlukan kasih
daripada seorang suami.
ALLAH telah berfirman
dalam surah Ar Rum dalam ayat 21
Mafhumnya, "dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri
daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya , dan di jadikanNya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir". Benarlah firman ALLAH.
Tetapi konsep kasih sayang telah disalah erti
oleh segelintir remaja.Remaja hari ini menunujukkan perasaan sayang melalui
couple.Tidak salah kita mempunyai perasaan cinta kerana ia kurniaan ALLAH
kepada kita,namun kita perlu salurkan perasaan itu ke jalan yang benar.Hari ini
banyak persoalan mengenai hukum couple,saya sendiri pon tertanya – tanya mengenainya.
JOM saksikan video ini untuk mendapatkan kepastiaan
.jpg)




