Monday, 29 December 2014

FITRAH INSAN YANG BERGELAR MANUSIA

Assalamualaikum sahabat..
  Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai fitrah manusia,tapi sebelum itu tahukah sahabat maksud FITRAH? Fitrah sebenarnya sifat semula jadi yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia sejak azali lagi.
  Antara sifat fitrah manusia ialah perasaan takut , sayang , gembira , sedih , benci , dendam  dan  banyak lagi. Fokus saya hari ini adalah mengenai perasaan kasih sayang. Saya yakin dan pasti setiap daripada  kita ingin dikasih oleh  orang lain. Seorang anak memerlukan kasih seorang ibu dan ayah.Isteri memerlukan kasih daripada seorang suami.   
     



    ALLAH telah berfirman dalam surah Ar Rum dalam ayat 21
Mafhumnya, "dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
 daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan di jadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". Benarlah firman ALLAH.




   Tetapi konsep kasih sayang telah disalah erti oleh segelintir remaja.Remaja hari ini menunujukkan perasaan sayang melalui couple.Tidak salah kita mempunyai perasaan cinta kerana ia kurniaan ALLAH kepada kita,namun kita perlu salurkan perasaan itu ke jalan yang benar.Hari ini banyak persoalan mengenai hukum couple,saya sendiri pon tertanya – tanya mengenainya.

JOM saksikan video ini untuk mendapatkan kepastiaan

Thursday, 25 December 2014

Sahabat Oh Sahabat
Assalamualaikum sahabat....
  Hari ini saya ingin berkongsi  tip untuk mencari sahabat.Setiap daripada kita mesti ada sahabat walaupun hanya seorang.Bagi saya Erti Sahabat sangat mendalam dan sukar untuk digambarkan dan diungkapkan oleh perkataan.Sahabat merupan insan yang paling rapat selepas ibu bapa.Betul tak?Oleh itu, kita mesti bijak untuk menjadi sahabat kerana perwatakan sahabat melambangkan peribadi kita sendiri.Saya sendiri mempunyai pelbagai kisah sedih dan menarik bersama sahabat,tetapi bagi saya kisah sedih paling menarik untuk dijadikan kenangan mahupun sempadan.TERIMA KASIH SAHABATKU yang sudi melayani kerenahku selama ini,aku tidak akan melupakan kalian semua walaupun apa yang terjadi.InsyaALLAH.

  Saya yakin ramai di antara kita tersilap memilih sahabat tapi tidak mengapa jadikan ia sebagai pengajaran dalam kehidupan mendatang.
   
  Iman Al-Ghazali dalam kitabnya Ihaya Ulumuddin telah memetik pesanan  AL-QAMMAH kepada puteranya dalam memilih sahabat.Katanya,”Wahai anakku!!Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifatnya seperti berikut:


  1. Jika engkau berbakti kepadanya , dia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas baik persahabatan itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan , misalnya dari segi kewangan , dia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan padanya , dia akan menerima dengan baik.
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu , dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  6. Jika dia mendapat  sesuatu yang tidak baik daripadamu , dia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya , dia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau  berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu , dia akan meringankan kesusahanmu.
  10. Jika engkau berkata kepadanya , nescaya dia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau  merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 



Kesilapan memilih sahabat membuatkan diri kita merana. Sesungguhnya,Sahabat yang baik umpama sepohon rendang yang mampu menjadi tempat berteduh sesiapa sahaja ketika panas terik.